April 2009 ~ ThE GrEaT MaPLeY

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1432H

Selamat Menyambut bulan Ramadhan kepada semua warga blog oysterpark..bulan yang penuh keberkatan..Tingkatkan amalan..jangan pk nak raya jee ehh..pose baru nak bermula nii..

Read More

Retro 90`s..Kita Peng-Yu

Replace these every slide sentences with your featured post descriptions.Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha - Premiumbloggertemplates.com.Download more free blogger templates from www.premiumbloggertemplates.com.

Read More

Featured Post 3 Title

Replace these every slide sentences with your featured post descriptions.Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha - Premiumbloggertemplates.com.Download more free blogger templates from www.premiumbloggertemplates.com.

Read More

Featured Post 4 Title

Replace these every slide sentences with your featured post descriptions.Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha - Premiumbloggertemplates.com.Download more free blogger templates from www.premiumbloggertemplates.com.

Read More

Featured Post 5 Title

Replace these every slide sentences with your featured post descriptions.Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha - Premiumbloggertemplates.com.Download more free blogger templates from www.premiumbloggertemplates.com.

Read More

Join The Community

Premium WordPress Themes

Selasa, 28 April 2009

Giliran Aku PLak...





السلام عليكم ورحمة الله وبركاته اهلا وسهل


hik..hik..rasa macam tak adil plak bila aku tak posting gambar aku..chip..pakjie..bro conan dah menjalankan tanggungjawab sebagai ahli..jadik untuk berlaku adil..ni jee la yg dapat aku sumbangkan untuk tatapan geng2 ku semuaa...yeahhhhh!! next bro cim dan boom..jangan lupa untuk meriahkan dan menyumbangkan gambar untuk tatapan ahli semua..lupa!! buat bro lokman & jakpor kot terjengah posting blog nii..kaloo rasa macam tergerak nak menyumbang..anda berdua amat dialu2kan..! JOMM..Untuk ahli oysterpark sambutlah kempen.."Satu Keluarga Satu gambar" Wa caya kat lu All semua..!!!

INSIDE KAABAH



Saudaraku seiman, gambar ini (bagian dalam Baitullah) adalah hadiah istimewa bagi kita semua
(terutama bagi yang belum pernah masuk atau belum pernah melihat/memiliki gambar seperti ini).

Semoga menambah keimanan kita, aamiiin....





Tak bosan-bosan rasanya membaca kisah ini...

AIRMATA RASULULLAH SAW...

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam', kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?'
'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.

Seolah-olah bahagian demi! bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.
Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.
'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,' kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi.
'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?'
'Jangan khawatir, wahai Rasul ! Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat
Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.

Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.'
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?'
Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu..
'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi..

'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.'
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku'
'peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.'


Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.
Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

'Ummatii,ummatii,ummatiii?' - 'Umatku, umatku, umatku'
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.
Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?
Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Khamis, 23 April 2009

HErO HErO WebMAster : LIV vs MU



BiLa Ade Game Bola..Hush..Mcm Kat Stadium Lak RAsenyer..ekekkeke..NI Le BUah HAti ana..nakal2 Pun Nak Buat Lagu MAner..HaiQal & HArraZ..SOrang lagi Anak Dara..NNt2 le ana Upload...Nak Wat Keja Jap..Salam



MAHATHIR ALAF BARU


Kepimpinan berteraskan Islam Tunjang Kekuatan Ummah..Hik Hik Hik

Rabu, 22 April 2009

Dari BrO.ConaN Utk SEmuA..





Terima Kasih Kepada Bro.Conan..kerana memberi kerjasama kepada web & Co menyahut kempen `Satu keluarga Satu gambar`..sekali lagi tabik kat Mr.conan..caya kat luu..!! jadi kepada ahli-ahli yg lain jangan lupa dan jangan kedekut untuk berkongsi kenangan terindah dan gambar-gambar yang menarik..!
p/s: Webmaster telah cuba sedaya upaya mengedit exposure level (pencahayaan) kepada gambar ke 3, walaubagaimanapun hanya environment sekeliling & isteri sahaja dapat dicerahkan..harap maaf...ekekkekeke..gurau pokcik nan...janganmarah haaa...sok sok kita MAplEy!!!

SatU KeluArga Satu GambaR


   السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Untuk perhatian Ahli-ahli oysterpark..Disebabkan kekurangan simpanan Gambar-gambar terbaru ahli..pihak kami merayu dan meminta kerjasama dari pihak tuan untuk menyalurkan gambar-gambar terkini dan menarik untuk dijadikan simpanan dan tatapan semua ahli-ahli..Tujuan lain untuk memudahkan pihak webmaster dan co.web mengemaskini demi untuk memantapkan lagi penampilan blog ini..Pihak kami berbesar hati sekiranya kerjasama pihak tuan dalam menjayakan rancangan ini...gambar-gambar juga tidak terhad kepada individu..sebarang bentuk gambar terutama gambar-gambar ahli bersama anak dan isteri amat dialu2kan kerana dengan cara ini..semua ahli-ahli dapat mendekatkan diri dan secara tidak langsung setiap ahli dapat mengenali keluarga masing-masing..Pihak kami juga teruja dan berharap  sekiranya pengumuman ini menjadi perhatian kepada Penasihat eksekutif(Bro.mael/conan)..kerana sehingga ke hari ini..saudara mael conan masih ketinggalan dari segi gambar-gambar yg tersiar sebelum ini..Semua gambar-gambar boleh la dihantar terus melalui posting Id yg telah diluluskan atau menyalurkan ke e-mail oysterpark group..Sebarang bentuk gambar yg melibat kelucahan dan yg kurang elok adalah amat dilarang sama sekali..kerjasama dari pihak tuan diucapkan jutaan terima kasih..

Isnin, 20 April 2009

WeBmAster DgN GAdGEt BarU..EkekeeKE

Alhamdullilah..ade rezeki lebey2 skit ni dapat ler Ana beli Gadget2 baru..masa PC Fair ..pikiaq2 nak pi belajaq + cit cat senang skit..mobile..ni gadget kira2 Novice / amateur punya ler..

  1. Acer One D150 10.1 inc Spec custom 2GB RAM 160GB HDD 1.66GHz Intel Atom
  2. Win XP Ori SP3 with custom Liverpool Desktop setup ( Buat sendiri ler..)
  3. CelCom BB D68 384kbps (kalo x Best Nk TukO Digi EDGE)-modem ana dh modified suma kad ley pakainyer..hehehe

So ..kalo ade sesapa member nk mintak advise ley ler tanya kat sini..kita share2 ilmu..insyaallah..

SAlam

Jumaat, 17 April 2009

MEMPERKENALKAN......

QISTINA
AISH
Sebagai menyahut seruan Co-Webmaster dan memperakui bahawa kowang semua takkan dtg umah aku...(hahahahahah) dan sekaligus takkan nampak anak2 aku (hik hik hik) inilah 2 permata hati aku ( Qistina : standard 1/ Aish: 3 thn)....rasanyer dah cukup dahh 2 orang ni...taknak lagi dahh...mak bapak diaowang takder gambar...hahahahahhahah

TAKZIRAH HARI INI: JUMAAT 21 RB AWAL 1430



Assalamualaikum WBT

Hari ini kita akan membicarakan tentang kepentingan ILMU pada setiap muslim & muslimat.

Kedudukan istimewa manusia di bumi dinyatakan dengan jelas oleh Allah SWT dalam Al Quran terletak pada kelebihannya dalam ilmu pengetahuan.Budaya ilmu islam bermula sejak dari alam roh lagi. Di alam roh Nabi Adam telah diajarkan ole Allah SWT nama segala sesuatu yg tidak diberikan kepada para malaikat & iblis. Islam mewajibkan Ilmu pengetahuan.

Tanggungjawab keilmuan terletak pada semua lelaki & wanita yg waras akalnya. Rasulullah menyatakan dalam dalam satu hadis yg terkenal akan kewajipan ini : "Menuntut ilmu adalah satu kewajipan keatas Muslimin & Muslimat".

Sebagai seorang Islam ia mestilah mengetahui sebanyak mungkin ilmu untuk hal ehwal kehidupannya (ilm al-hal) dengan sempurna seperti yg dituntut oleh Islam yg meliputi berbagai aspek kehidupan.

Untuk menekankan kepentingan ilmu Islam memberian pengiktirafan tertinggi kepada para ilmuan dan merendahkan orang yg jahil atau yg mengikut2 tanpa berfikir dan berlandaskan ilmu pengetahuan.

Ahmad Shalabi (1954) menjelaskan dalam satu hadis Nabi SAW menjelaskan:"Manusia yg tidak berpengetahuan adalah seperti adalah tidak berguna seperti 'hamaj'". Hamaj adalah sejenis binatang parasit kecil yg hidup menghisap darah binatang yg akan mati selepas kenyang.

Sedikit hadis hadis Rasullulah berkenaan perkara ilmu, insyaallah..untuk saya & tuan2 sekalian sebagai panduan & renungan:
  1. Menuntut Ilmu adalah fardhu kepada setiap orang Islam, dan meletakkan ilmu kepada yang bukan ahlinya tidak ubah seperti menggantungkan permata, mutiara dan emas kepada seekor babi."

    (HR Ibnu Majah)

  2. Sesiapa yang mati ketika menuntut ilmu, maka ia akan menemui Allah s.w.t., sedangkan jaraknya ketika itu dengan para nabi tidak ada, kecuali satu darjat kenabian." (Riwayat Tabrani)
  3. Sedekah yang paling afdal ialah apabila seseorang muslim yang belajar sesuatu ilmu dari saudara muslimnya, kemudian ia mengajarkan ilmunya itu kepada saudara muslimnya." (HR Ibnu Majah)

Jadi, marilah kita semua muslimin dan muslimat menuntut ilmu, supaya kita dapat memperkasakan diri kita dan juga umat islam kembali. Kerana realitinya sekarang ini, umat islam sudah jauh ketinggalan terutamanya di negara kita Malaysia. Walaupun pahit, tetapi itulah yang sebenarnya telah berlaku.



Salam.


Rujukan:

Rabu, 15 April 2009

BERITA MUTAKHIR :


BERITA MUTAKHIR : Setelah kekalahan malam tadi Steven Gerard telah mengambil langkah drastik memecah masuk Bilik Simpanan Trophy dan melarikan 'Trophy' yg paling berharga dan akhirnya.......( seperti gambar di atas )..> dipercayai akibat kecewa.....huarghhhhhh

Isnin, 13 April 2009

Carta Organisasi oyster Group

Ahad, 12 April 2009

PENGUMUMAN & PERLANTIKAN

Assalamualaikum WBT

Alhamdullilah perjalanan blog ini dapat diteruskan walaupun pada beberapa ketika berlaku pergolakan dalaman namun ibarat kata pepatah "Air Dicincang Takkan Putus". Itulah makna ikatan Ukhwah dan Silaturrahim yang kental yanag telah terbina semenjak sekian lama antara sahabat & rakan dari zaman bangku persekolahan.

Beberapa siri pembaharuan akan cuba dilaksanakan dalam penampilan blog kali ini dengan cuba memanafaatkan ruang siber percuma ini dalam memberi faedah & sumber2 maklumat serta panduan berguna kepada ahli dan pelayar. Perkara2 yang boleh menyebabkan pergeseran akan seberapa daya upaya akan cuba dielakkan nanum ia diharap tidak menjadi penghalang kepada rakan2 supaya terus berkomunikasi agar setiap perkembangan terkini ahli dapat diikuti.

Oleh kerana Ana dijangkakan akan meneruskan pengajian (insyaallah) kesuntukkan masa mungkin menjadi faktor penghalang dalam memgemaskini kandungan blog serta penampilannya. Dengan itu suatu perlantikan kepada sahabat Ana mungkin dapat membantu sahabat2 lain memperolehi kemaskini terbaru dan terbaik, jadi ana dengan ini melantik Saudara Eddyka @ Jinggo sebagai KETUA EKSEKUTIF EDITOR pertama bagi blog ini (ID telah diupgradekan). Semoga beliau dapat mengawal selia & mempastikan tahap pertanggungjawaban yg tinggi dalam perkara2 yg disiarkan kelak berdasarkan pengalamannya.

Sahabat2 lain yang telah diberikan kemudahan lesen juga diharap dapat membantu memberikan posting2 menarik & berinformasi untuk mencapai objektif penwujudan blog ini. Sekian. Terima Kasih.

Khamis, 9 April 2009

Untuk perhatian Webmaster..

Selasa, 7 April 2009

Tahniah



Jumaat, 3 April 2009

TAKZIRAH HARI NI:Jumaat 7 RabiulAkhir 1430

KHUTBAH TERAKHIR NABI SAW.

Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah 10H di Lembah Uranah, Gunung Arafah. 

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak  mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu selepas ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikan ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini. Wahai manusia, seperti mana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang muslim sebagai amanah suci. kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. 

Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba adalah dibatalkan mulai sekarang. Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil. 

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik, berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina. 

Wahai manusia,dengarlah kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah 'Ibadah haji' sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap muslimin adalah saudara kepada muslimin yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lain kecuali dalam taqwa dan beramal soleh. 

Ingatlah bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari nanti untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku. 

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hambaMu.##

Salam.Semoga mendapat Rahmat & Manafaat dari petikan Khutbah diatas. 

Insyaallah.

Parking Kat sini.

Photobucket


[ Copy this | Start New | Full Size
]

DiKEheNdaKI

OrAnG LaMA-LAma : AsaL UsuL....