TAKZIRAH HARI INI: JUMAAT 21 RB AWAL 1430 ~ ThE GrEaT MaPLeY

Join The Community

Premium WordPress Themes

Jumaat, 17 April 2009

TAKZIRAH HARI INI: JUMAAT 21 RB AWAL 1430



Assalamualaikum WBT

Hari ini kita akan membicarakan tentang kepentingan ILMU pada setiap muslim & muslimat.

Kedudukan istimewa manusia di bumi dinyatakan dengan jelas oleh Allah SWT dalam Al Quran terletak pada kelebihannya dalam ilmu pengetahuan.Budaya ilmu islam bermula sejak dari alam roh lagi. Di alam roh Nabi Adam telah diajarkan ole Allah SWT nama segala sesuatu yg tidak diberikan kepada para malaikat & iblis. Islam mewajibkan Ilmu pengetahuan.

Tanggungjawab keilmuan terletak pada semua lelaki & wanita yg waras akalnya. Rasulullah menyatakan dalam dalam satu hadis yg terkenal akan kewajipan ini : "Menuntut ilmu adalah satu kewajipan keatas Muslimin & Muslimat".

Sebagai seorang Islam ia mestilah mengetahui sebanyak mungkin ilmu untuk hal ehwal kehidupannya (ilm al-hal) dengan sempurna seperti yg dituntut oleh Islam yg meliputi berbagai aspek kehidupan.

Untuk menekankan kepentingan ilmu Islam memberian pengiktirafan tertinggi kepada para ilmuan dan merendahkan orang yg jahil atau yg mengikut2 tanpa berfikir dan berlandaskan ilmu pengetahuan.

Ahmad Shalabi (1954) menjelaskan dalam satu hadis Nabi SAW menjelaskan:"Manusia yg tidak berpengetahuan adalah seperti adalah tidak berguna seperti 'hamaj'". Hamaj adalah sejenis binatang parasit kecil yg hidup menghisap darah binatang yg akan mati selepas kenyang.

Sedikit hadis hadis Rasullulah berkenaan perkara ilmu, insyaallah..untuk saya & tuan2 sekalian sebagai panduan & renungan:
  1. Menuntut Ilmu adalah fardhu kepada setiap orang Islam, dan meletakkan ilmu kepada yang bukan ahlinya tidak ubah seperti menggantungkan permata, mutiara dan emas kepada seekor babi."

    (HR Ibnu Majah)

  2. Sesiapa yang mati ketika menuntut ilmu, maka ia akan menemui Allah s.w.t., sedangkan jaraknya ketika itu dengan para nabi tidak ada, kecuali satu darjat kenabian." (Riwayat Tabrani)
  3. Sedekah yang paling afdal ialah apabila seseorang muslim yang belajar sesuatu ilmu dari saudara muslimnya, kemudian ia mengajarkan ilmunya itu kepada saudara muslimnya." (HR Ibnu Majah)

Jadi, marilah kita semua muslimin dan muslimat menuntut ilmu, supaya kita dapat memperkasakan diri kita dan juga umat islam kembali. Kerana realitinya sekarang ini, umat islam sudah jauh ketinggalan terutamanya di negara kita Malaysia. Walaupun pahit, tetapi itulah yang sebenarnya telah berlaku.



Salam.


Rujukan:

0 ulasan:

Parking Kat sini.

Photobucket


[ Copy this | Start New | Full Size
]

DiKEheNdaKI

OrAnG LaMA-LAma : AsaL UsuL....