ThE GrEaT MaPLeY: TAKZIRAH

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1432H

Selamat Menyambut bulan Ramadhan kepada semua warga blog oysterpark..bulan yang penuh keberkatan..Tingkatkan amalan..jangan pk nak raya jee ehh..pose baru nak bermula nii..

Read More

Retro 90`s..Kita Peng-Yu

Replace these every slide sentences with your featured post descriptions.Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha - Premiumbloggertemplates.com.Download more free blogger templates from www.premiumbloggertemplates.com.

Read More

Featured Post 3 Title

Replace these every slide sentences with your featured post descriptions.Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha - Premiumbloggertemplates.com.Download more free blogger templates from www.premiumbloggertemplates.com.

Read More

Featured Post 4 Title

Replace these every slide sentences with your featured post descriptions.Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha - Premiumbloggertemplates.com.Download more free blogger templates from www.premiumbloggertemplates.com.

Read More

Featured Post 5 Title

Replace these every slide sentences with your featured post descriptions.Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha - Premiumbloggertemplates.com.Download more free blogger templates from www.premiumbloggertemplates.com.

Read More

Join The Community

Premium WordPress Themes

Memaparkan catatan dengan label TAKZIRAH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TAKZIRAH. Papar semua catatan

Jumaat, 17 April 2009

TAKZIRAH HARI INI: JUMAAT 21 RB AWAL 1430



Assalamualaikum WBT

Hari ini kita akan membicarakan tentang kepentingan ILMU pada setiap muslim & muslimat.

Kedudukan istimewa manusia di bumi dinyatakan dengan jelas oleh Allah SWT dalam Al Quran terletak pada kelebihannya dalam ilmu pengetahuan.Budaya ilmu islam bermula sejak dari alam roh lagi. Di alam roh Nabi Adam telah diajarkan ole Allah SWT nama segala sesuatu yg tidak diberikan kepada para malaikat & iblis. Islam mewajibkan Ilmu pengetahuan.

Tanggungjawab keilmuan terletak pada semua lelaki & wanita yg waras akalnya. Rasulullah menyatakan dalam dalam satu hadis yg terkenal akan kewajipan ini : "Menuntut ilmu adalah satu kewajipan keatas Muslimin & Muslimat".

Sebagai seorang Islam ia mestilah mengetahui sebanyak mungkin ilmu untuk hal ehwal kehidupannya (ilm al-hal) dengan sempurna seperti yg dituntut oleh Islam yg meliputi berbagai aspek kehidupan.

Untuk menekankan kepentingan ilmu Islam memberian pengiktirafan tertinggi kepada para ilmuan dan merendahkan orang yg jahil atau yg mengikut2 tanpa berfikir dan berlandaskan ilmu pengetahuan.

Ahmad Shalabi (1954) menjelaskan dalam satu hadis Nabi SAW menjelaskan:"Manusia yg tidak berpengetahuan adalah seperti adalah tidak berguna seperti 'hamaj'". Hamaj adalah sejenis binatang parasit kecil yg hidup menghisap darah binatang yg akan mati selepas kenyang.

Sedikit hadis hadis Rasullulah berkenaan perkara ilmu, insyaallah..untuk saya & tuan2 sekalian sebagai panduan & renungan:
  1. Menuntut Ilmu adalah fardhu kepada setiap orang Islam, dan meletakkan ilmu kepada yang bukan ahlinya tidak ubah seperti menggantungkan permata, mutiara dan emas kepada seekor babi."

    (HR Ibnu Majah)

  2. Sesiapa yang mati ketika menuntut ilmu, maka ia akan menemui Allah s.w.t., sedangkan jaraknya ketika itu dengan para nabi tidak ada, kecuali satu darjat kenabian." (Riwayat Tabrani)
  3. Sedekah yang paling afdal ialah apabila seseorang muslim yang belajar sesuatu ilmu dari saudara muslimnya, kemudian ia mengajarkan ilmunya itu kepada saudara muslimnya." (HR Ibnu Majah)

Jadi, marilah kita semua muslimin dan muslimat menuntut ilmu, supaya kita dapat memperkasakan diri kita dan juga umat islam kembali. Kerana realitinya sekarang ini, umat islam sudah jauh ketinggalan terutamanya di negara kita Malaysia. Walaupun pahit, tetapi itulah yang sebenarnya telah berlaku.



Salam.


Rujukan:

Jumaat, 3 April 2009

TAKZIRAH HARI NI:Jumaat 7 RabiulAkhir 1430

KHUTBAH TERAKHIR NABI SAW.

Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah 10H di Lembah Uranah, Gunung Arafah. 

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak  mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu selepas ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikan ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini. Wahai manusia, seperti mana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang muslim sebagai amanah suci. kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. 

Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba adalah dibatalkan mulai sekarang. Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil. 

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik, berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina. 

Wahai manusia,dengarlah kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah 'Ibadah haji' sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap muslimin adalah saudara kepada muslimin yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lain kecuali dalam taqwa dan beramal soleh. 

Ingatlah bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari nanti untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku. 

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hambaMu.##

Salam.Semoga mendapat Rahmat & Manafaat dari petikan Khutbah diatas. 

Insyaallah.

Parking Kat sini.

Photobucket


[ Copy this | Start New | Full Size
]

DiKEheNdaKI

OrAnG LaMA-LAma : AsaL UsuL....