Mei 2009 ~ ThE GrEaT MaPLeY

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1432H

Selamat Menyambut bulan Ramadhan kepada semua warga blog oysterpark..bulan yang penuh keberkatan..Tingkatkan amalan..jangan pk nak raya jee ehh..pose baru nak bermula nii..

Read More

Retro 90`s..Kita Peng-Yu

Replace these every slide sentences with your featured post descriptions.Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha - Premiumbloggertemplates.com.Download more free blogger templates from www.premiumbloggertemplates.com.

Read More

Featured Post 3 Title

Replace these every slide sentences with your featured post descriptions.Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha - Premiumbloggertemplates.com.Download more free blogger templates from www.premiumbloggertemplates.com.

Read More

Featured Post 4 Title

Replace these every slide sentences with your featured post descriptions.Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha - Premiumbloggertemplates.com.Download more free blogger templates from www.premiumbloggertemplates.com.

Read More

Featured Post 5 Title

Replace these every slide sentences with your featured post descriptions.Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha - Premiumbloggertemplates.com.Download more free blogger templates from www.premiumbloggertemplates.com.

Read More

Join The Community

Premium WordPress Themes

Ahad, 31 Mei 2009

orang yaman... kita bila lagi

Salam kepada semua rakan-rakan Al-Hikmah. Selamat berhujung minggu dan juga selamat cuti sekolah kepada semua. Hari ini saya nak kongsikan satu artikel yang cukup menarik untuk kita baca buat menjadi pendorong kepada kita, keluarga kita dan rakan-rakan kita insyaallah.

Ianya adalah hasil tulisan Saudara Imran Al-Malizi (Wartawan di Republik Yemen). Baca dan hayati betul-betul tulisan beliau.

Apabila diberi peluang untuk menulis tentang Yaman, fikiran penulis terus tertumpu pada fenomena solat berjemaah yang diamalkan oleh masyarakatnya. Sudah 4 tahun penulis berada di kota Sana'a, ibu negara bagi Republik Yemen . Percaya atau tidak, hampir kesemua masjid di kota ini dipenuhi dengan jemaah pada setiap solat lima waktu. Terdapat masjid yang para jemaah akan melimpah sampai ke luar atau paling kurang 3/4 masjid akan penuh dengan hamba-hamba Allah yang menunaikan solat fardu termasuklah solat subuh! Mengenangkan suasana yang berbeza di tanah air kita, solat zohor pun jarang sangat boleh penuh dua saf apatah lagi solat subuh. Waktu maghrib dan isyak bolehlah diberikan pengecualian, kerana ramai sudah pulang bekerja. Itu pun tidak di semua masjid. Kalau masjid yang terletak di atas bukit kawasan perumahan orang-orang berkedudukan tinggi, lebih menyedihkan lagi. Kata seorang teman yang menjawat jawatan imam di sebuah masjid kawasan elit, solat jumaat sekali pun susah nak kumpulkan para jemaah sedangkan masjidnya besar dan mewah. Manakan tidak, penduduk di situ suka menderma tapi kurang berminat untuk berjemaah. Simpanan masjid sudah mencecah lebih setengah juta, tetapi masjid tetap sunyi daripada hidayah. Solat maghrib pun tak sampai satu saf.

Kembali ke Yaman, masjid-masjid di sini sangat sederhana sifatnya, akan tetapi hidup dengan berjemaah dan pengajian ilmu dalam pelbagai bidang. Halaqah pengajian al-quran dan kitab-kitab hadis boleh didapati bermula selepas subuh sehinggalah selepas Isyak! Para penuntut ilmu boleh memilih mana-mana halaqah pengajian secara bertalaqqi. Nanti dalam kesempatan yang lain, penulis akan bercerita pula tentang pengajian talaqqi yang tradisional di sini. Ini juga antara penyebab masyarakat Yaman dapat menghidupkan solat berjemaah.

Timbul juga persoalan di dalam kotak fikiran penulis. Apa yang menyebabkan masyarakat Yaman begitu menjaga solat berjemaah? Jika nak dikatakan hanya mereka mengetahui fadilat solat berjemaah yang 25 atau 27 kali ganda ganjarannya menurut beberapa riwayat hadis, rasanya masyarakat Melayu di sini pun tahu juga. Dah letih mulut para ustaz dan penceramah menyebutnya dan tak kurang juga ditulis makalah dalam akhbar dan majalah. Tapi sayang, orang kita tidak berminat untuk merebut fadilat ini, "..serahkan pada ustaz-ustaz, tok imam dan tok lebai sudahlah," ujar mereka. Lalu di negara Yaman ini, apakah yang mendorong pemandu teksi, peniaga buah, penjaga kedai runcit, mekanik, peniaga tepi jalan, penguli roti dan lain-lain berhenti daripada membuat kerja apabila mendengar seruan azan lalu berpusu-pusu ke masjid-masjid yang berdekatan untuk menyahut panggilan Allah?

Secara pandirnya, penulis membuat telahan. Mungkin kerana tuntutan hidup di bumi Yaman ini tidak seperti di Malaysia , manusia mundar-mandir bertarung dengan waktu untuk mengejar tuntutan material yang semakin mendesak. Hinggakan ada yang tidak solat langsung. Jadi kira baguslah kalau ada juga hamba Allah yang sempat solat pada akhir-akhir waktu. Benarkah begitu? Rasanya tuntutan hidup di Yaman juga semakin menekan dengan kenaikan harga gandum, minyak masak dan keperluan harian yang lain. Sewa rumah juga meningkat setiap tahun. Alasan mengejar keperluan hidup tidak boleh dipakai sama sekali. Solat berjemaah tidaklah mengambil masa yang lama. Kadang kala bagi sesetengah orang, masuk ke tandas atau melepak di warung lebih banyak memakan waktu.

Sebenarnya, sifat berpegang teguh dengan agama telah mendarah daging dalam kehidupan masyarakat Yaman. Budaya tegur-menegur dan nasihat-menasihati dipandang baik dan sihat dalam sosio-budaya di sini. Orang-orang yang berjalan ke masjid, apabila melihat saudara mereka masih leka dengan urusan dunia, mereka akan menegur, "As-Solah! As-Solah! Ya Thoib!" yang kira-kiranya bermaksud; "(Mari kita) solat! (mari kita) solat! Wahai orang yang baik!" Orang yang menegur tampak ikhlas, manakala orang yang ditegur pula tidaklah bersikap negatif. Malah berterima kasih pula. Inilah kualiti yang tiada pada orang kita, yang mahu menegur berasa malu takut dituduh mengada-ngada, yang ditegur pula selalu bersangka buruk; "Alah! Macamlah engkau tu baik sangat! Aku pun tau laa.." Tentu kita pun kadang kala ada perasaan atau pernah berada dalam situasi begitu.

Firman Allah S.W.T: "Dan berikanlah peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada orang-orang yang beriman." (Surah az-Zariyat: 55). Begitulah, apa yang kita perlukan sebenarnya adalah budaya tegur-menegur dan saling ingat-mengingati. Ini kerana perangai 'Melayu' ini masih terbawa-bawa walaupun para pelajar berada di bumi Timur Tengah. Entahlah, itu sekadar penilaian penulis, mungkin boleh menyinggung sesetengah pihak. Bukan mahu bersikap pesimis, tapi itulah hakikatnya. Walaupun begitu, masih ramai para pelajar yang 'bersih hatinya' dapat memanfaatkan peluang berada dalam suasana keimanan di sini. Antara ungkapan kenalan-kenalan penulis yang baru dan lama, "Ramainya solat berjemaah! Nikmat sungguh di sini, masjid-masjidnya penuh, safnya rapat dan lurus." Barangkali, inilah rahsianya yang menyebabkan masyarakat Yaman beristiqamah dengan solat berjemaah. Kerana ada rasa ukhuwah, kebersamaan, kasih sayang, hubungan antara hati ke hati. Mereka akan berasa kesal sekiranya tertinggal satu waktu tidak dapat berjemaah di masjid. Ini diakui sendiri oleh salah seorang guru penulis selepas beliau melepaskan jawatan imam masjid untuk berkhidmat di Kementerian Pendidikan Yaman. Kerana solat berjemaah mereka berhasil menyatukan hati-hati umat. Mereka mengikut sunnah merapatkan saf ketika solat. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, Nabi s.a.w pernah bersabda: "Sesungguhnya hendaklah kamu menyamakan saf-saf kamu (dalam solat) atau Allah pasti akan memalingkan antara wajah-wajah kamu." Ketika mensyarahkan hadis ini, Imam al-Nawawi r.h. telah menyatakan maknanya ialah (jika kamu tidak menyamakan dan merapatkan saf, kelak akan) diletakkan rasa permusuhan, kebencian dan perselisihan hati di antara kamu.

Barangkali inilah puncanya kita tidak merasa seronok untuk solat berjemaah. Satu ketika dahulu di Kuala Lumpur , penulis pernah melihat seorang imam dijerkah berulang kali oleh seorang pakcik apabila imam tersebut menyuruh para makmum melurus dan merapatkan saf sebelum memulakan solat berjemaah. Sekarang pakcik itu sudah meninggal dunia, semoga Allah mengampunkan kejahilannya. Persoalannya di sini, watak 'pakcik' seperti ini, penulis percaya masih wujud di mana-mana dalam masyarakat Melayu. Ramai yang berasa diri lebih senior dan lebih tahu.

Penulis masih ingat ketika mula-mula berada di Yaman, memang benar ada perasaan ukhuwah terbit dalam hati kita apabila kita merapatkan saf, bersentuhan antara bahu dengan bahu, kaki dengan kaki. Sekiranya anda berada di sini dan buat 'cara Melayu' (iaitu berdiri agak jarak dengan makmum di sebelah), jangan terperanjat jika makmum sebelah akan menarik lengan anda agar menjadi rapat. Cubalah lakukan begitu di tanah Melayu, mungkin ada yang akan meradang atau menganggap solat kita sudah terbatal..?

Ayuh kita rapatkan saf dan muhasabah diri mengenai solat dan amalan kita. Adakah sudah mendapat keredhaan Allah atau sekadar melepas batuk ditangga masjid sahaja!

Tepuk dada tanyalah iman kita.

Waallahua'alam.

(Nota: Artikel ini disiarkan dalam Harakah, Edisi Jumaat, 15-17 Ogos 2008, Fikrah-m/s F15)

Jumaat, 29 Mei 2009

MASJIDIL NABAWI MADINAH AL-MUNAWARRAH TERKINI





Dulu masa 'editor kanan' ke sana pd tahun 1985 keadaan tidak serupa....begitu juga 'kemurahan rezki pinjaman ALLAH ' editor kanan' ke sana untuk kedua kalinya pd tahun 1999 juga kedaan turut berubah...dah sehingga kali terakhir 'editor kanan' ke sana pd tahun 2000 keadaannya bukan sebegini rupa.....masyaallah di kemudian hari tak tau laa akan apa plak yg berubah...

BILA TOK SAMI SEMAYANG BERJEMAAH....




Memandangkan arini hari Jumaat..maka 'posting' editor kanan' arini lebih terarah kepada ilmu yg berkaitan sahsiah diri dan kepentingan ilmu ukhrawi..hik hik hik hik...apa pendapat sahabat2 sekalian tentang 'picture' ini????? Opsss!! ni bukan citer pegi mkn sate kajang ehh..hahahha

APaBila AYam Mula MEnJUal Telur...


The RetuRn Of The LEgenDary AyaM

Patutlar malam td bising sgt..nak tidur pon x nyenyak...ini ropenyer...aduhai...siang asah TAji Berapi2..Malam2 riuh Sekampung..rupanyer Nak BerTelur aJe..alahai ....nasib ko la Ayam....

GamBar Sekadar Hiburan Semata2 dan Tiada Kena Mengena Dengan Sesapa Yg Masih Hidup atau yG Telah Meninggal Dunia.

p/s:..lama x bgurau eeekkkk...sskali layaaannn




Rabu, 27 Mei 2009

SAtay KajaNg...Pehhh Caya....



Peh..memang sedap giler..pueh hati. Solopas den poei bertandang ko rumoh PokCIk Nan..den singgah jap makan Satay KajaNg.

Mak Aihh..kat kajang nie den raso kalo x do satay hj samuri ni..mmg layu lar...restoran sajo 3 tingkat..FULL HOUSE....puh pakcik kayo..

Trima Kasih Pokcik Nan sobab Jomput den & ajak Singgah dirumah..NNt kita G makan Satay Sesama ekkkk...

adios..Salam


Selasa, 26 Mei 2009

Nur Muhammad SAW........

Ahad, 24 Mei 2009

Dah Sampai ke penghujung..

Buat fan liver ke..chelsea..Arsenal..wigan ke hull ke real ke..apa2 la..kalo nak tgk2..silakan..kalo taknak tunggu la team memasing kot2 bleh gi final cam team 2 terkuat kat eropah nii..hik..hik..

Jumaat, 15 Mei 2009

Mutiara Bicara: Jumaat 20 JamadilAwal 1430


Orang yang memiliki sifat hasad tidak dapat menyempurnakan imannya, sebab ia tidak akan dapat mencintai saudaranya seperti mencintai dirinya sendiri. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: 

“Tidak sempurna iman salah seorang kamu sampai mencintai saudaranya sebagaimana mencintai dirinya.” 

(Hadis Muttafaqun ‘alaihi)

Hasad dapat memecahkan persatuan, kesatuan, dan persaudaraan kaum muslimin. Sebab itu Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Janganlah saling hasad dan jangan mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah saling bermusuhan serta saling mendiamkan dan jadilah kamu bersaudara.” 

(Hadis riwayat Muslim)

Hasad memakan kebaikan yang dimilikinya sebagaimana api membakar kayu yang kering. Ini yang dinyatakan Rasulullah SAW dalam sabdanya yang bermaksud: 

“Jauhkanlah (oleh kamu) dengki (hasad) kerana ia akan memakan kebaikan sebagaimana api memakan kayu bakar.” 

(Hadis riwayat Abu Daud)

Insyaallah. Semoga kita mengambil iktibar.Amin. 

Salam.


Rabu, 13 Mei 2009

Ketika Menyertai GOLF Santai ...ekekeke



Perghhh..rase mcm Tiger Kayu lak..ekekke..ni masa main kat DESARU GOLF..mak aiii..monyet pon samer ramai nak main golf....silap haribulan beg, hp & makanan mmg kena sakau...

xper..kalau ader kenkawan yg main..kita main kat tanjung....boleyyyy.



DulU- dUlu..

Selasa, 12 Mei 2009

Gambo keje aku






























Ni time aku keje ngan orang siam laa...

ni city 2010


ubat gigi pembunuh

AWAS !!!

Tanpa disedari kita & anak-anak terdedah kepada bahaya fluorida setiap hari.

Apa itu fluorida? Layari www.muslimconsumer.org.my/fluorida Fluorida merupakan silent killer yang terdapat pada lebih 80% ubat gigi dipasaran, fluorida boleh mengancam organ & menyebabkan pelbagai penyakit. Elakkan penggunaan produk berfluorida terutamanya dikalangan kanak-kanak.

Fluorida boleh menyebabkan perkara-perkara berikut:- Kematian- Kanser- Ruam Kulit - Luka Kanser- Kelunturan Warna Gigi- Masalah Gastrik- Penyebab atau Membantu Menyebabkan Kerapuhan Tulang- Keracunan Saraf- Kanser Tulang- Keretakan Tulang- Membantu Menyebabkan Kekurangan IQ di Kalangan Kanak-kanak- Meransang Masalah Buah Pinggang di Kalangan Pesakit
AWAS !!! BAHAYA FLUORIDA
Satu tinjauan yang dijalankan pada tahun 1997 dengan bantuan pengeluar ubat gigi dan Persatuan Pergigian Amerika Syarikat mendapati purata orang yang memberus gigi dengan ubat gigi berfluorida walaupun sedikit (1 gram) mengikut sukatan yang disarankan, menelan antara 0.3-0.4 mg fluorida setiap kali memberus gigi.Ini bermakna anda menerima hampir separuh daripada kadar harian fluorida yang diterima cuma dengan memberus sekali sehari, tanpa membabitkan sumber lain.

Pernahkah anda melihat amaran ini pada belakang kotak ubat gigi anda?

“AMARAN: JAUHKAN DARI KANAK-KANAK BERUMUR 6 TAHUN KEBAWAH, SEKIRANYA TERTELAN MELEBIHI DOS YANG DITETAPKAN, SILA DAPATKAN RAWATAN PAKAR ATAU HUBUNGI PUSAT KAWALAN RACUN DENGAN SEGERA”

Perlukah amaran seperti diatas sekiranya produk tersebut benar-benar selamat? Mungkin jika digunakan sekali atau dua kali tidak mendatangkan apa–apa kesan, tetapi jika digunakan setiap hari dan sehingga 3 kali sehari ia mampu memberi pelbagai kesan buruk antaranya: KANSER & DENTAL FLUOROSIS!

Antara Contoh masalah Dental Fluorosis:Ingat! Adalah tanggungjawab kita untuk menyebarkan Emel ini kepada ahli keluarga dan para sahabat.



Jumaat, 8 Mei 2009

Peringatan Bagi Yg Mahu MEnjadi Pemimpin




"Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang menyekat dan menghalangi dari menggunakan masjid-masjid Allah untuk (sembahyang dan) menyebut nama Allah di dalamnya dan dia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu? Orang-orang yang demikian, tidak sepatutnya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah (bukan secara yang mereka lakukan itu). Mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di dunia dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat besar."

Al Baqarah:114

Mutiara Kata JUMAAT 13 JAMADIL AWAL 1430



Bagi mereka yang tiada masa untuk membaca, agaknya mereka mesti menjawab satu soalan penting:

“Mengapa untuk menonton dan melepak sentiasa ada masa sedangkan untuk buku langsung tiada masa? Mengapa mampu mengeluarkan duit untuk keperluan yang bukan asasi tapi untuk membeli buku bukan main berkira? Kalau anak tak rajin membaca, ibu bapa seharusnya berasa bertanggungjawab secara tak langsung dalam membentuk persekitaran yang kering ilmu itu. Gerbang ilmu adalah membaca dan minat membaca itu perlu dipupuk sejak kecil.

Begitu pula dalam memahami Islam, seseorang mesti mendalami dan menghayati buku yang membuka gerbang maklumat mengenai Islam. Dengan membaca mengenai Islam seseorang sudah membuka hatinya untuk cahaya Allah Taala. Hati yang penuh dengan ilmu menjadi penggerak seluruh amal salih, maka bagaimanakah keadaannya apabila hati tidak menyimpan walau secebis ilmu mengenai Islam?


"Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar,Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan, Sahabat sejati menjadi pendorong impian, Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah."

Sumber: 

Khamis, 7 Mei 2009

NEXT EPL SEASON 09/10


Cuba tgk saper kat depan tu.....KARIM BENZIMA...hik hik hik
Kalau RONALDO blahh pun mungkin MANUTD dapat Ribery takpun KAKA
Hahahahahaha bestnyer.....hik hik hik

Renung - Renungkanlah

"Pentingnya Aqeedah Yang Benar"

Sesiapa Yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman (berakidah dengan akidah yang sahih), maka Sesungguhnya Kami akan menghidupkan Dia Dengan kehidupan Yang baik; dan Sesungguhnya Kami akan membalas mereka, Dengan memberikan pahala Yang lebih dari apa Yang mereka telah kerjakan. (an-Nahl: 97)

Dan sesiapa Yang mengerjakan amal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman (berakidah sahih), maka mereka itu akan masuk syurga, dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasannya) sedikitpun. (an-Nisa’: 124)

Dan Sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu (Wahai Muhammad) dan kepada Nabi-nabi Yang terdahulu daripadamu: 'Demi sesungguhnya! Jika Engkau (dan pengikut-pengikutmu) mempersekutukan (sesuatu Yang lain Dengan Allah) tentulah akan terhapus amalmu, dan engkau akan tetap menjadi dari orang-orang Yang rugi. (az-Zumar: 65)

Dan kalau mereka sekutukan (Allah Dengan sesuatu Yang lain) nescaya gugurlah dari mereka, apa yang mereka telah lakukan (dari amal-amal Yang baik). (al-An’am: 88)"

Rabu, 6 Mei 2009

LIHATLAH KEJAHILAN PEMUDA INI


Nawaitu bagus tp cara plak tak kena....apa sudah jadi? kebodohan sendiri @ kejahilan berbahasa Inggeris dengan baik?
RENUNG2 KANLAH....

Video Untuk Perokok Perokok Antarabangsa...hihihihi

Family Aku La Pulok.......

Biasak arrrr....bapak borek..anak rintik rintik...hihihi....The Gunners..
Iniela satu satuyer buah hati kesayangan ana......


Dan ini pulak family kesayangan ana....harap pueh hati la yooo.....

WE'RE ON OUR WAY TO ROME


The Champions League holders turned in a flawless away performance to completely dismantle Arsene Wenger's Arsenal at the Emirates Stadium, killing the tie through early goals from Ji-sung Park and Cristiano Ronaldo, before the Portuguese added gloss to the scoreline with a breakaway third.
MANUTD 4 ARSENGAL 1

Isnin, 4 Mei 2009

ANTARA 2 TEAM TERBAIK DR 4 TEAM

JANGAN LUPA MENYAKSIKAN PERTEMBUNGAN 2 GERGASI EROPAH INI BERAKSI...DAN SUDAH PASTI IANYA BUKAN PERTEMBUNGAN MANUTD vs LIVERPOOL...KEKEKEKEKEK MANA PERGI LIVERPOOL?? NTAHHH MANA NTAH TEAM TU...HIKHIKHIK ( BOLEH JD YG TERKELUO TU TEAM X BAGUS ) HAR HAR HAR

Parking Kat sini.

Photobucket


[ Copy this | Start New | Full Size
]

DiKEheNdaKI

OrAnG LaMA-LAma : AsaL UsuL....