MenJelanG RaMaDhan-Syawal: AwaS dGn HuTang ~ ThE GrEaT MaPLeY

Join The Community

Premium WordPress Themes

Khamis, 23 Julai 2009

MenJelanG RaMaDhan-Syawal: AwaS dGn HuTang

Assalamualaikum WBT


Insyaallah kita jika dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki akan bertemu lagi dgn bulan yg mulia yg mendatang ini.

Hanya sekadar berkongsi peringatan akan perlunya berhati2 dalam mengawasi perbelanjaan agar tidak terjebak dalam perangkap hutang yg kelak akan membebankan kepala hotak manusia normal.


Kepada kaum2 ibu yg secara majoritinya ghairah berbelanja ketika waktu tersebut semoga dapat mengawal diri dan kepada para kaum bapa sebagai ketua keluarga anda seharusnya MAMPU BERKATA TIDAK kepada yg tidak perlu.

Saat ini sekadar berkongsi rasa sedih apabila sorang sahabat terpaksa diberhentikan kerana perlakuan CRIMINAL BREACH OF TRUST, hanya kerana malas mendengar leteran & berantakan isteri apabila ia mengatakan TIDAK pada satu2 permintaan.Pendek kata perkataan tersebut seolah2 tidak mampu diucapkan langsung. Kebenarannya..wallahuallam..Huh kusut...cuma kita ambil tauladan..


Oleh yg demikian janganlah berlaku zalim kepada pasangan masing2..pesan orang tua2..UKUR BAJU DIBADAN SENDIRI...sesal dulu pendapatan..sesal kemudian tak berguna.


Sukalah kiranya berkongsi hadis mengenai perkara2 hutang, insyaallah menjadi panduan pada kita;

Sabda Rasullullah SAW:
Roh seseorang mukmin itu tergantung yakni dihalang daripada tempat yg mulia dengan sebab HUTANGnya,sehinggalah hutang tersebut dijelaskan.

(HR at tarmizi,Imam Ahmad & Imam Ibnu Hibban)


Sabda Rasullullah SAW:
Sesiapa mengambil harta orang lain (berhutang) dan berniat untuk membayarnya, maka Allah akan mempermudahkan niatnya itu.Tetapi sesiapa mengambil dengan niat akan membinasakannya dengan tidak membayarnya, maka Allah akan membinasakannya.

(HR Bukhari)

Pelajaran hari ini: Tauladan dan dua hadith diatas. Insyaallah moga mendapat manafaat.

CK




0 ulasan:

Parking Kat sini.

Photobucket


[ Copy this | Start New | Full Size
]

DiKEheNdaKI

OrAnG LaMA-LAma : AsaL UsuL....