Ape Dia Simpanan Al Wadiah Yad Dhamanah?
- Pendeposit menyimpan WANG di bank2 (bank sebagai pemegang amanah).
- Pendeposit bersetuju wang mereka digunakan oleh bank untuk urusniaga SYARIAH shj.
- Agihan keuntungan dari urusniaga Bank atas wang pendeposit adalah atas budi bicara bank; jika ade ia dianggap HIBAH ( sebagai hadiah)
- Untuk mengelakkan unsur RIBA tiada tawaran kadar keuntungan di janjikan kepada simpanan.
- Sebaliknya Bank MEMBERI JAMINAN MENGEMBALIKAN SEMUA WANG SIMPANAN / BAKI AKAUN bila diminta pendeposit ( Konsep Asal Takrifan Wadiah)
- Dengan Yg demikian...Wang Anda Selamat PAHALA BERGANDA pun hari2 insyaallah Dapat...
Beza dengan Simpanan Konvensional
- Wang pendeposit boleh digunakan untuk tujuan urusniaga yg juga BUKAN SYARIAH
- Tawaran pulangan Faedah / Bunga pada awal pembukaan akaun dan berubah2 sepanjang kewujudan akaun ( unsur RIBA sepanjang masa)
- Secara logiknya takrif simpanan konvensional itu sendiri tiada disebut perkara jaminan MENGEMBALIKAN SEMULA SIMPANAN selain dari jaminan Kerajaan (Bank Pusat) & PIDM (Persatuan Insuran Deposit Malaysia) SEHINGGA RM60 Ribu SAHAJA ( Sebelum DiUbah Baru2 ini kepada jaminan penuh sehingga tahun 2010 oleh kerana senario ekonomi yg tidak menentu sekarang)-jaminan TERHAD mengikut keadaan.
Anda nampak kekuatan PERBANKAN ISLAM..Anda Juga nampak kelemahan KONVENSIONAL...MAsa Untuk BeruBAh..ANDA TeNtukan...
nota: namPak Simple jek..tapI..siKit2 lame2 Jadik Bukit...biorle jadik Bukit yg bermanafaat kepada Diri Sendiri. Sekadar berkongsi Ilmu Bak KAte PAk Jie...
SAlaM.
0 ulasan:
Catat Ulasan